Saturday, 28 January 2012

Jemputan Allah

Semalam aku terima berita sedih. Lang tie telah meninggal dunia. Alhamdulillah dia dijemput pada hari yg baik. Hari Jumaat. Pengulu segala hari. Lang tie merupakan sepupu sebelah emak. Dia seorg wanita yg lembut & penyayang. Tutur bicaranya amat mendamaikan telinga. Sepanjang mengenalinaya aku tidak pernah mendengar kata kata kesat atau keras yg keluar dr mulutnya. Dalam diam aku menjadikan dia sebagai idola ku. tp sampai kini kurasakan aku belum lg mampu menjd insan sesabar beliau.

Masih segar dlm ingatan, Lang Tie lah yg mententeramkan aku dihari pemergian ibu ku (20/7/2003). serasa masih hangat pelukannya.Dia seolah-olah meniup semangat & kekuatan buat ku dikala itu. Insyaallah akan ku ziarahi pusara beliau awal bulan nanti. Al Fatihah buat dia yg ku sayang.......

Sesungguhnya aku juga akan menyusuli mereka suatu hari nanti. Ya Allah rezekikanlah aku utk berbuat kebaikan sepanjang hidup ku.

Wednesday, 13 July 2011

Projek Mega

ketika atasan ku bertepuk tangan
tanda gembira dan bangga
dengan projek mega yg bermula
tahukah mereka ?
bahawa di bawah mereka
ada yg derita tak berdaya
ada manusia yg diperlakukan seperti haiwan
dicerca dihalau spt mereka tak punya harga

projek mega....
maruahnya begitu besar
pada mereka yg berada di atas
di bawah ? itu bukan urusan
dan bukan juga alasan....

hidup ini kalau tak kuat iman
boleh menjadikan manusia gila.
.....?????..............

Sunday, 19 June 2011

KITA INI TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Nukilan A Samad said 1955

Saturday, 4 June 2011

SEBUAH KEHIDUPAN

Saban hari dugaan datang dan pergi
Ada kala ku rasakan sudah tidak berdaya lagi
Air mata sudah menjadi karib ku
Lalu aku jadi tidak mengerti
Dugaan datang, lara membadai di kalbu
Air mata menjadi mata air....
Namun tak pernah ku kesali akan ujian ini
Kerana aku yakin akan setiap hukum Tuhan
Buat hamba Nya....
Dan akulah hamba Mu yg berdosa itu
Lalu dalam sujud yg panjang
Ku pasrahkan diri ku pada Mu
Kupohon keampunan atas segala dosa dosa ku
Kini dan masa lalu ku.
 
Andai ini satu suratan
Untuk apa dikesali sesuatu yg telah terjadi
Bangun dan luruskanlah perjalanan
Tegakkan semula iman kekuatan.....
Anadai kata di hadapan ku adalah
Suram dan kelam.
Redahlah.....
Kerana aku yakin Engkau sentiasa ada disisi ku

Maha kaya Tuhan
Aku menangis ketika duka
Aku menangis ketika bahagia berada di puncak.

Saturday, 21 May 2011

Bual bicara kehidupan

kata seorg sahabat hidup ini umpama daun kari.Daun kari sangat diperlukan semasa memasak kari. tujuannya utk mendptkan aroma yg sedap. Aroma yg sedap dikatakan boleh menyedapkan kari.
Ketika makan kari org tak makan daun kari. Daun kari dikatakan menyemak & org akan buang dlm tong sampah.
Adakah begitu perjalanan hidup insan? sekali fikir ada betulnya....

Hati ku terasa sedih saat menanggung derita
namun terkadang kesengsaraan bagi ku ada hikmahnya
begitu banyak hari
yg diwakili dgn kesusahan & kesedihan
namun berakhir dengan kesenangan & kegembiraan
aku tidak merasa berat dgn kesusahan yg menimpa ku
kerana aku yakin
akan ada jln keluar disebalik kesusahan
oooooo........ooooo.....oooooo

Tuesday, 17 May 2011

SIAPA KITA

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


NASIB SEEKOR KALDAI

Suatu hari seekor kaldai terjatuh ke dlm perigi buta. Kaldai itu sangat sedih & takut. Lalu ia menangis & menjerit sekuat hatinya. Tuan kaldai itu adalah seorg petani. Bila dia mendengar jeritan yg kuat itu dia pun belari melihat ke dlm perigi buta. alangkah terkejut & sedihnya ia, lalu berfikir bagaimana hendak membantu mengeluarkan kaldai ini. fikirannya buntu.

Oleh kerana tidak tertahan lg mendengar tangisan & jeritan kaldai itu, petani pun memanggil org2 kampung utk menimbus perigi buta tersebut. pada pendapatnya biarlah kaldai itu mati drp menanggung derita di dalam perigi buta.

orang2 kampung pun dtg membawa tanah utk menimbus perigi buta itu. kali pertama & kedua tanah dicurah ke dlm perigi, kaldai menangis & menjerit sekuat hatinya. alangkah luluhnya hati petani. namun begitu kerja menimbus perigi buta masih diteruskan. kali ini kaldai tidak menangis & menjeri lagi.....

Apabila tanah hampir memenuhi perigi tiba-tiba kaldai melompat keluar. Rupanya semasa berada didlm tekanan kaldai mendpt ilham. setiap kali tanah jatuh kebadannya dia akan mengibas-ngibaskan tanah & dia dpt naik mengikut tanah yg dicurah ke dlm perigi. dgn itu kaldai dpt menyelamatkan dirinya.....

moral of the story fikir sendiri...... Be The Best In Your Life...