Semalam aku terima berita sedih. Lang tie telah meninggal dunia. Alhamdulillah dia dijemput pada hari yg baik. Hari Jumaat. Pengulu segala hari. Lang tie merupakan sepupu sebelah emak. Dia seorg wanita yg lembut & penyayang. Tutur bicaranya amat mendamaikan telinga. Sepanjang mengenalinaya aku tidak pernah mendengar kata kata kesat atau keras yg keluar dr mulutnya. Dalam diam aku menjadikan dia sebagai idola ku. tp sampai kini kurasakan aku belum lg mampu menjd insan sesabar beliau.
Masih segar dlm ingatan, Lang Tie lah yg mententeramkan aku dihari pemergian ibu ku (20/7/2003). serasa masih hangat pelukannya.Dia seolah-olah meniup semangat & kekuatan buat ku dikala itu. Insyaallah akan ku ziarahi pusara beliau awal bulan nanti. Al Fatihah buat dia yg ku sayang.......
Sesungguhnya aku juga akan menyusuli mereka suatu hari nanti. Ya Allah rezekikanlah aku utk berbuat kebaikan sepanjang hidup ku.