Sunday, 19 June 2011

KITA INI TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Nukilan A Samad said 1955

Saturday, 4 June 2011

SEBUAH KEHIDUPAN

Saban hari dugaan datang dan pergi
Ada kala ku rasakan sudah tidak berdaya lagi
Air mata sudah menjadi karib ku
Lalu aku jadi tidak mengerti
Dugaan datang, lara membadai di kalbu
Air mata menjadi mata air....
Namun tak pernah ku kesali akan ujian ini
Kerana aku yakin akan setiap hukum Tuhan
Buat hamba Nya....
Dan akulah hamba Mu yg berdosa itu
Lalu dalam sujud yg panjang
Ku pasrahkan diri ku pada Mu
Kupohon keampunan atas segala dosa dosa ku
Kini dan masa lalu ku.
 
Andai ini satu suratan
Untuk apa dikesali sesuatu yg telah terjadi
Bangun dan luruskanlah perjalanan
Tegakkan semula iman kekuatan.....
Anadai kata di hadapan ku adalah
Suram dan kelam.
Redahlah.....
Kerana aku yakin Engkau sentiasa ada disisi ku

Maha kaya Tuhan
Aku menangis ketika duka
Aku menangis ketika bahagia berada di puncak.